Wednesday 7 March 2012

Minggu 4 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:

• Bahan sastera
• Bahan tatabahasa
• Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.



Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:

• Syair
• Pantun
• Seloka
• Gurindam
• Puisi
• Cerita Pendek



Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:

i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik



Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa

• Kata nama
• Kata Hubung
• Kata kerja
• Kata sendi nama
• Kata nama khas

Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL.

Monday 5 March 2012

minggu 3 - Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet

Maksud Garis Panduan


1. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa.
Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan. Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.



Contoh garis panduan dan etika penggunaan internet

1. Jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci.
2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang.
3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.
5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain.
6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
7. Jangan melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.

minggu 2 - Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Definisi audio,video,grafik dan teks:




i. Audio
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satudaya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain itu,audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian suasana yang lebih menarik dan akanmenghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


ii. Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media ( seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan atau emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

iii. Grafik

Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

iv. Teks
teks merupakan salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.

minggu 1 - Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

Apa itu Enjin Carian?

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.



Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?

Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.



Contoh-contoh enjin carian

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com


Apakah kegunaan enjin carian dalam internet dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Jawapan :
1. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
2. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
3. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
4. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
5. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
6. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
7. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
8. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
9. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
10. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
11. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
12. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
13. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
14. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
15. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
16. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.

Monday 20 February 2012

Pantun Melayu


Pantun Melayu
Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.
Perumpamaan dalam pantun
Istilah pantun sendiri bagi orang Melayu seringkali digunakan untuk membawa maksud “umpama” atau “ibarat” (Za’ba,1965). Ini dibuktikan melalui ungkapan
“kami sepantun telur itik” atau
“tuan sepantun kilat cermin”
yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud “seperti atau umpama”. Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Seperti contoh ayat yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182) yang berbunyi:-
“akan sekarang adalah seperti pantun orang ‘pagar makan padi’ ”.
Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya:



Dari bentuk perumpamaan:
Sudah gaharu cendana pula.

Menjadi pantun dua kerat:
 Sudah gaharu cendana pula,
 Sudah tahu bertanya pula.

Kemudian menjadi pantun empat kerat:
Sudah gaharu cendana pula,
Bedak bertemu dalam puan;
Sudah tahu bertanya pula,
Hendak bertemu gerangan tuan.

Dari bentuk perumpamaan:
Sayangkan kain buangkan baju.

Menjadi pantun dua kerat:
Sayangkan kain buangkan baju,
Sayangkan lain buangkan aku.

Kemudian menjadi pantun empat kerat:
Sayangkan kain buangkan baju,
Kerana baju panjang lima;
Sayangkan lain buangkan aku,
Kerana aku dagang yang hina.
Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara demikian, tetapi dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk rangkap pantun yang dapat dijadikan model kemudiannya.

Perkembangan pantun
Perkembangan bentuk pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi pantun, sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak dapat berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya.
Dendangan rakyat atau lagu kerja
Walaubagaimanapun, pada kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam Hikayat Raja Pasai, karya Melayu tertulis yang dianggap terawal. Namun satu fakta yang tidak dapat disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar luas secara lisan di dunia Melayu. Ia menghiasi dunia seni Melayu melalui keindahan bahasa dan keelokan isinya dan menghibur petani dan nelayan sebagai lirik untuk dendang rakyat atau lagu kerja.
Secara pragmatiknya, pantun mungkin mula dipopularkan sebagai lirik lagu. Mengikut teori Fischer (1961) tentang asal-usul seni, puisi yang terawal adalah muncul dari keperluan untuk membangkitkan semangat kolektif bagi memudahkan dan meringankan sesuatu kerja.
Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal, tekanan oleh kesepontanan penciptaan mungkin melahirkan ungkapan-ungkapan bersukat dan berima seperti pantun, yang kemudiannya dilagukan untuk mengendur situasi tegang semasa bekerja.
Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari pantang-larang, mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih akrab dengan masyarakat bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di kalangan masyarakat.
Sifat Pantun
Alam dan kehidupan
Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia, pantun menjadi lebih bertenaga, tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa yang kian kaya perbendaharaannya, unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau idea yang lengkap. Bayangkan betapa banyak idea dan tema yang dapat digarap oleh pantun – tiada nokhtahnya!
Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi cermin untuknya menatap dan menginsafi diri manusia. Dari imejan sehingga idea atau persoalan, pantun meniru alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk menyindir, memujuk dan mendidik manusia.
Dengan demikian pantun menyentuh semua penjuru kehidupan manusia, memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat manusia, ia melingkungi kehidupan kanak-kanak melalui dendangan dodoinya, meniti bersama kedewasaannya untuk meratapi cinta yang tak berbalas, rindu yang tak berkesudahan, melangkah bersamanya untuk merintih nasib seorang perantau dan akhirnya mencecah hari tua untuk menegur dan menasihat.
Rima pantun
Dalam berpandukan hukum-hukum kelisanan, maka pantun dicipta. Bentuk pantun dengan demikian memanifestasikan seluruh puitika lisan. Barisnya yang bersukat dan seimbang, dengan pola rima di hujung dan di tengah baris (untuk pantun yang baik), malah pada tahap bentuknya yang awal setiap perkataan dalam pembayang berima dengan setiap perkataan dalam maksud. Sebagai contohnya;
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata;
Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih;
yang apabila diucapkan memunculkan rima yang menjadikannya mudah dihafal dan dingat balik. Contohnya pantun-pantun di bawah dengan rima dalam dan rima hujung pada baris-baris yang berselang-selang, apabila diucapkan akan memunculkan ritma yang menarik:
Limau purut/ lebat di pangkal
Sayang selasih/ condong uratnya
Angin ribut/ dapat ditangkal
Hati kasih/ apa ubatnya?

Nasi lemak/ buah bidara,
Sayang selasih/ saya lurutkan;
Buang emak/ buang saudara,
Kerana kasih/ saya turutkan.

Pernyataan padat dan ringkas
Pantun juga perlu patuh kepada satu penjimatan ketat pernyataan-pernyataan linguistik yang sesuai dan ini dapat dilihat dalam baris-baris pantun yang ringkas tapi padat makna, seperti:
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang cantik budi,
Yang indah bahasa.

Sekali pergi menuba,
Sekali ikan merimbat;
Sekali adik disapa,
Setahun rindu terubat.

Untuk kepadatan juga, pantun mengambil ungkapan-ungkapan perumpamaan untuk mengisi baris-baris maksudnya. Perumpamaan memang bersifat sarat makna hatta membuka kepada tafsiran yang jamak. Penggunaan perumpamaan juga memudahkan hafalan, kerana perumpamaan adalah ungkapan-ungkapan yang dikongsi bersama, yang selalu diguna dan didengar justeru cepat terakam di minda. Bentuknya sendiri adalah dipolakan untuk mudah dihafal dan diingat balik. Contohnya:
Tuar di hulu tuar di hutan,
Tuar di kuala tak mengena;
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tak berguna.
(Zakaria Hitam)
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
(Wilkinson)






Budaya penyampaian
Penggunaan perumpamaan dalam semua bentuk komunikasi verbal, adalah sebahagian daripada etos budaya lisan. Bentuk komunikasi yang berbentuk oral-aural atau “face to face” menjadikan komuniti lisan wujud dalam situasi yang rapat dan dekat. Contoh seperti upacara adat meminang.
Dalam komuniti yang demikian, sesuatu maksud yang hendak disampaikan perlu disampaikan dalam bentuk halus, berlapik dan bijaksana kerana penerima mesej berada di depan muka. Kelangsungan bicara akan dianggap biadap, bebal, atau menyentuh perasaan si penerima, sehingga mengguggat kesepaduan kolektif.
Dari keperluan inilah ungkapan-ungkapan kias-ibarat, perumpamaan dan bidalan muncul. Melaluinya sindiran, teguran, kritikan di sampaikan secara tersirat dan halus, tetapi tepat dan menghiris. Pantun memanfaatkan alat bahasa yang demikian, kerana pantun sentiasa diucapkan dalam konteks sesuatu situasi.
Perbandingan dalam pantun
Apa yang tidak dapat diperikan atau didefinisikan dengan perkataan, maka dirujuk kepada benda sebagai bandingan. Contohnya dalam lipur-lara, pencerita sering mengambil sifat-sifat benda atau objek untuk memerikan sesuatu yang payah didefinisi. Pemerian tentang konsep sepertikecantikan seorang puteri contohnya sentiasa dilakukan dalam bentuk simile dan metafora. Bentuk kening yang cantik, melengkung halus disamakan dengan “taji dibentuk”, matanya yang bercahaya di samakan dengan “bintang timur”, dahinya yang sempit, melengkung disamakan dengan “sehari bulan”, rambutnya yang lebat panjang dan berombak disamakan dengan mayang mengurai, hatta seluruh anggota badannya didefinisi melalui metafora. Perumpamaan lahir dari kecenderungan yang demikian. Kemiskinan contohnya diumpamakan dengan kehidupan ayam yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Persahabatan yang akrab disamakan dengan isi yang bertaut pada kuku.

Ciri budaya lisan pantun
1. Unsur berulang dalam pantun
Satu ciri gaya bahasa lisan yang disebut di awal tadi ialah adanya unsur perulangan (anafora, epifora) pada ungkapan dan perkataan. Dalam budaya lisan perulangan adalah salah satu mekanisme mnemonik yang penting. Perulangan dari sudut stailistik adalah teknik penggunaan perkataan yang dianggap berlebih-lebihan dan boros, justeru dilihat sebagai satu kelemahan.
Namun dalam budaya lisan perulangan adalah teknik bijak bukan sahaja untuk membantu ingatan tetapi membangkitkan ritma yang juga penting untuk hafalan. Kerana itu mengikut Ong (1982) budaya lisan itu bersifat “redundant atau copious.” Walaupun perulangan menyarankan adanya pemborosan kata-kata yang seolah-olah bertentang dengan keperluan bentuk pantun kepada penjimatan bahasa, tetapi dalam pantun perulangan tidak menjejaskan kepadatan bentuknya. Kerana yang diulang adalah perkataan yang sama, dan kemunculannya berlaku dalam kawalan sukatan baris pantun contohnya:
Kalau padi katakan padi
Jangan saya tertampi-tampi,
Kalau jadi katakan jadi
Jangan saya ternanti-nanti.
(Hamilton)
Kalau subang sama subang
Kalau sanggul sama sanggul,
Kalau hilang sama hilang
Kalau timbul sama timbul.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)


2. Pembayang dan maksud, membayang maksud melalui bunyi
Budaya lisan wujud dalam suatu ruang yang didominasikan oleh bunyi (sound dominated world). Keadaan ini mempunyai kesan ke atas bentuk pantun. Pantun mempunyai dua baris awal yang disebut pembayang maksud, sampiran. Baris pembayang maksud bukan berdiri seperti perumpamaan yang membayang maksud melalui alusi kepada perlakuan, sifat, fiel, alam, walaupun pembayang maksud dalam pantun juga menggunakan alam sebagai objek peniruannya.
Contohnya makna perumpamaan
“embun di hujung rumput”
merujuk kepada sifat embun yang tidak kekal contohnya. Tetapi pembayang maksud pantun menyampirkan makna melalui bunyi perkataan. Contohnya ungkapan
“selasih dalam padi”
bukan mendapat maknanya dari sifat selasih atau padi tetapi dari bunyi kedua-dua perkataan yang secara berurutan merujuk kepada
kasih dalam hati”.
Pembayang maksud dengan demikian membayangkan maksud melalui bunyi. Contoh yang mudah:
Pinggan tak retak nasi tak dingin (pembayang)
Engkau tak hendak aku tak ingin (maksud)
Dalam pantun dua baris di atas, maksud pantun muncul dari padanan bunyi perkataan di baris pembayang, bukan dari sifat-sifat perkataan tersebut.
Ini yang dimaksudkan oleh Wilkinson (1923) sebagai “suggestion through sound” atau “proverb by sound suggestion”. Kerana baris pembayang masih boleh berdiri sebagai umpama, tetapi umpama melalui bunyi bukan sifat. Dalam proses penciptaan pantun “cadangan makna melalui bunyi” ini memudahkan tukang pantun mencipta atau mengingat baris maksud sekiranya beliau terlupa atau perlu mencipta dengan cepat.
Di tahap awal penciptaan pantun mungkin seseorang itu hanya diberi pembayang maksud dan diminta mencari maksud melalui cadangan bunyi. Contohnya jika diberi pembayang:
Siakap senohong gelama ikan duri
Maka respons yang cepat mengikut bunyi ialah:
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Atau mungkin juga seseorang itu dikemukakan dengan maksud pantun dan dikehendaki mencari pembayang, maka proses yang sama juga berlangsung.












3. Pemikiran lisan dalam pantun
Respon berkait fenomena alam dan kehidupan manusia
Pemikiran lisan seperti yang disebut oleh Ong (1982) di atas adalah bersifat “situational”, dan “close to the human life world”. Pemikiran “situational” mengikut Ong “develops around the action of human”. Pantun dengan demikian bersifat “situational” dalam ertikata juga ia mungkin dicipta sebagai respons kepada sesuatu fenomena alam, sesuatu peristiwa atau pengalaman manusia yang signifikan.
Idea dalam pantun, baik yang termuncul melalui pembayang maksud atau maksud menunjukkan pantun amat akrab dengan “lived experience” sama ada yang dihayati atau diamati. Manusia lisan, pra-modern adalah manusia yang hidup akrab bukan sahaja dengan komuniti manusia tetapi juga dengan komuniti bukan manusia. Persekitaran wujud sebagai satu masyarakat yang besar; objek dan fenomena alam ditafsir sebagai ahli kepada masyarakat tersebut yang berinteraksi di antara satu sama lain sama seperti masyarakat manusia.

Kalau perumpamaan mengambil alam sebagai cermin untuk manusia menatap dirinya, dan membaiki dirinya maka pantun menggunakan alam sebagai cermin untuk membayang maksudnya. Kecenderungan pantun untuk mengeksploitasi seluruh fenomena alam sebagai pembayang maksudnya adalah kecenderungan seni yang dipengaruhi oleh konvensi perumpamaan. Perumpamaan sendiri adalah bersifat amat akrab dengan alam. Sesuatu sifat, fiel, kelakuan makhluk alam yang diamatinya, disimpulkannya menjadi ibarat kepada manusia.




Respon berkait kepada situasi
Ciri pantun yang dikatakan bersifat “situational” dapat dibuktikan contohnya daripada teks Sejarah Melayu. Pembunuhan Tun Jana Khatib mendorong orang membuat pantun mungkin untuk mengabadikannya atau untuk moral di sebaliknya:
Telur itik di Senggora,
Pandan terletak di langkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Langkawi.
Demikian juga peristiwa kematian Chau Pandan yang dipanah secara ghaib oleh seorang Sidi Arab dibuatkan orang pantun:
Cau Pandan anak Bubunnya
Hendak pergi menyerang Melaka
Ada cincin berisi bunga
Bunga berladung si air mata.
Peristiwa kota yang terbakar di Pahang memunculkan pantun berikut:
Kota Pahang dimakan api,
Antara Jati dengan Bentan;
Bukan kularang kamu berlaki,
Bukan begitu perjanjian.
Penangkapan Raja Abdullah yang berpaling tadah kepada Melaka untuk menyebelahi Feringgi disindirkan melalui pantun berikut:
Ketua-ketua raja duduk
Jangan ditimpa papan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan.